Darul Jenazah

DJ-logo and pics

Realiti kematian… dan ringankan bebanan emosi orang tersayang dari serendah RM8 sebulan “

Pengurusan Jenazah Berlandaskan Prinsip Syariah Mengikut Sunnah Islam Yang Sistematik Dan Bersepadu

Darul Jenazah adalah perkhidmatan pengurusan jenazah yang membantu waris agar dapat melancarkan pengurusan jenazah dengan kadar segera tanpa wang.

Darul Jenazah memperlengkapkan lagi fungsi badan khairat kematian biasa bagi menunaikan fardhu kifayah seperti pengurusan mandi jenazah, pengkafanan, solat jenazah dan perkebumian dengan tambahan khidmat nasihat, Badal Haji, Zikir khas oleh Tahfiz dan lain-lain mengikut pakej.

Rangkuman Perkhidmatan kami  :

  • Pengurusan yang segera dan berlandaskan kehendak hukum syarak
  • Bantuan kewangan secara segera bagi meringankan beban waris
  • Khidmat nasihat kepada waris
  • Perkhidmatan sebaran berita kematian melalui SMS (100 sms)
  • Perkhidmatan membantu waris dalam proses dokumentasi kematian
  • Pengangkutan jenazah dari Hospital, Rumah, Masjid dan Tanah Perkuburan
  • Perkhidmatan memandikan Jenazah
  • Perkhidmatan mengkafankan Jenazah
  • Perkhidmatan Solat Jenazah
  • Perkhidmatan Pengkebumian Jenazah dan Bacaan Talkin
  • Memastikan kehormatan dan keaiban setiap Jenazah yang diuruskan sentiasa dijaga
  • Tuntutan takaful akan disegerakan 
Tiga perkara yang perlu disegerakan
Sabda Rasulullah saw, ·”Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah  dilewat-lewatkan.
Yang pertama, Solat apabila telah masuk waktunya,
yang kedua, Jenazah apabila telah hadir dan
yang ketiga, anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya”. ·
Oleh itu, pihak waris atau qariah adalah digesa untuk mempercepatkan pengurusan jenazah dari mandi jenazah, kafan, solat jenazah hinggalah selesai perkebumian arwah.
Pilihan Pelan Khidmat Darul Jenazah dan keistimewaanya :
Perbelanjaan pengurusan jenazah secara komprehensif , perkebumian , belanja van jenazah , talkin , badal haji , batu nesan dan khatam Al quran . (Ikut pakej pilihan ) .
Arrow Down Green(small)
CEMPAKA (Individu)
RM 96.00 setahun diperbaharui secara tahunan. (RM8.00 sebulan)
 Pengurusan Jenazah Lengkap
 Wang Tunai RM200
 Khatam Al-Quran
 Zikir Tahlil
 Batu Nisan .
 Manfaat Takaful Kemalangan Diri RM50,000.00 (kemalangan)
 Perubatan RM500.00 (kemalangan)
 Ambulan RM200.00 (kemalangan)
Mawar (Individu)
RM 116.00 setahun diperbaharui secara tahunan. (RM9.70 sebulan)
 Pengurusan Jenazah Lengkap
 Wang Tunai RM300.00
 Khatam Al-Quran
 Zikir / Tahlil
 Badal Haji
 Wakaf / Batu Nisan / Pusara
 Manfaat Takaful Kemalangan Diri RM50,000.00 (kemalangan)
 Perubatan RM500.00 (kemalangan)
 Ambulan RM200.00 (kemalangan)
KEMBOJA (Keluarga)
RM136.00 setahun diperbaharui secara tahunan . (RM12.00 sebulan)
 Pengurusan Jenazah Lengkap
(PENCARUM & PASANGAN)
 Wang Tunai RM350.00
 Khatam Al-Quran
 Zikir / Tahlil
 Batu Nisan
Khairat anak-anak bawah 18 tahun (sehingga 5 orang)
* Manfaat Takaful Kemalangan Diri hanya yang mencarum sahaja
 Manfaat Takaful Kemalangan Diri RM50,000.00 (kemalangan)
 Perubatan RM500.00 (kemalangan)
 Ambulan RM200.00 (kemalangan)
ORKID (Keluarga)
RM196.00 setahun diperbaharui secara tahunan . (RM16.35 sebulan)
 Pengurusan Jenazah Lengkap
(PENCARUM & PASANGAN)
 Wang Tunai RM450
 Khatam Al-Quran
 Badal Haji
 Zikir / Tahlil
 Batu Nisan / Wakaf / Pusara .
Khairat anak-anak bawah 18 tahun (sehingga 5 orang)
*Manfaat Takaful Kemalangan Diri hanya untuk Pencarum dan Pasangan sahaja
 Manfaat Takaful Kemalangan Diri RM50,000.00 (kemalangan)
 Perubatan RM500.00 (kemalangan)
 Ambulan RM200.00 (kemalangan)
TERATAI
RM969.00 untuk sekali pembayaran seumur hidup.
 Pengurusan jenazah lengkap
Khatam Al-Quran
 Warga Emas 60 tahun keatas
*Penyertaan berumur 60 tahun dan keatas .

                                      HADIS NABI SEBAGAI RENUNGAN :ArrowDownGreenGloss

Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: 

Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama?

Baginda menjawab : Yang paling baik akhlaknya antara mereka.

Dia bertanya lagi : Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?

“Baginda menjawab : Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,”

(Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)

Juga,

Sabda Nabi saw  “Jangan tinggal anak isterimu dalam keadaan membebankan (meminta-minta).

(Hadis Riwayat Imam At-Tarmizi)

  • Mengingati mati dituntut dalam Islam dan persediaan untuk akhirat adalah yang utama.
  • Seandainya kita telah ditentukan Allah SWT untuk mendahului orang-orang tersayang pergi menghadapNYA, biarlah hanya bebanan emosi kesedihan sementara yang mereka tanggung dan bukan bebanan hutang maupun perbelanjaan kematian kita.
  • Untuk itu bertindaklah dengan segera kerana ajal maut tidak  mengira usia dan tidak akan dicepatkan atau dilewatkan walaupun sesaat.

Pakej


Hubungi kami untuk penerangan lanjut :

                       Raja Jaafar –  +6019-364 7279

                        Azizah       –   +6019-352 2735